Monday, June 27, 2011

SEJARAH PERKEMBANGAN

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1974 selepas keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1973 yang bersetuju untuk memberi bantuan buku teks kepada pelajar keluarga yang kurang mampu. Kini program tersebut telah menjangkau 36 tahun dan telah mengalami proses perubahan melalui dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program SPBT merupakan satu program yang memberi pinjaman buku teks kepada murid-murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
       
           Antara syarat awal yang membolehkan seseorang murid itu menerima pinjaman SPBT ialah melalui kadar pendapatan yang diterima oleh ibu bapa atau penjaga murid. Dasar kelayakan awal bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti SMKAKL yang telah ditetapkan ialah ibu bapa atau penjaga haruslah mempunyai pendapatan RM1000 dan ke bawah adalah layak untuk mendapat bantuan pinjaman SPBT. Namun begitu, dasar ini telah berubah sehinggalah pada tahun 2008, apabila semua pelajar memiliki skim pinjaman buku teks secara percuma.
        
         Di peringkat SMKAKL, bahagian SPBT berperanan membantu Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran untuk mengenalpasti dan menguruskan proses pinjaman buku kepada murid-murid yang berkelayakan. Selain itu, pihak SPBT SMKAKL, juga berusaha untuk menjaga keselamatan buku-buku SPBT dari segi fizikal dengan memastikan buku-buku tersebut direkod, tidak hilang, mencukupi, dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
         Pihak SPBT SMKAKL juga patuh kepada arahan yang dikeluarkan melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPWP Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Keseronokan bekerja pihak SPBT SMKAKL dengan penuh tanggungjawab adalah satu asas yang penting yang dapat memberi manafaat kepada semua pihak.

No comments:

Post a Comment