Tuesday, December 20, 2011

BUKU BARU

Sekolah ana menerima lebih 1000 naskah buku teks spbt baru terutama untuk Tingkatan 1 dan 4. Buat masa ini proses untuk mengecop masih giat dilakukan. Salah satu faktor ialah buku sampai pada waktu cuti. Cuti terpaksa disedekahkan untuk memproses buku baru. Ana harap semuanya dapat disiapkan sebelum hari pertama persekolahan bermula. 

Thursday, November 24, 2011

Hutang Buku Teks Tingkatan 3

Berikut adalah senarai nama pelajar tingkatan 3 SMKAKL yang berhutang buku teks SPBT. Sila bawa buku teks pada hari keputusan PMR 2011.

3 ALI
1. Fatinah - KHB, PJK
2. Siti Syafiqah - PJK, Panas Salju
3. Nor Afiqah - Antologi

3 HAMZAH
1. Nor Ain Syanieza - PJK
2. Muhd Syahmi - PJK
3. Anwar - Pendidikan Islam
4. Muhd Ainul - PJK

3 UMAR
1. Filzah Syafiqah - KHB
2. Ahmad Asyraf - Panas Salju
3. Muhd Iqbal - Sc. Practical

3 OTHMAN
1. Habib Hussain - PSK
2. Muhd Aiman Faris - Science
3. Nur Anisah - Sejarah
4. Nur Amira - Sc. Practical
5. Nur Nasuha - PSK 

Ada pertanyaan: Hubungi Cikgu Hazli

Sunday, July 24, 2011

Lawatan Ke Gua Tempurung

Kelab SPBT adalah satu-satunya organisasi di SMKAKL yang kerap membuat eksplorasi ke Gua Tempurung sejak 2006. Aktiviti ini memberi pendedahan dan keseronokan kepada pelajar tentang menghargai alam semula jadi khususnya keadaan dalam gua batu kapur. Pakej yang dipilih melibatkan masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Semua ahli rombongan yang ditanya tiada seorang pun merasa bosan sebaliknya mengemukakan soalan 'Bila nak pergi lagi'? Antara cabaran ialah melalui laluan air, merangkak di laluan air yang sempit, meloloskan diri pada lubang tanah, membuat sliding setinggi 15 meter. Antara bentuk-bentuk yang dapat dilihat ialah perempuan mengandung, ayam KFC, kereta Proton Saga, dan melalui laluan angin yang menyejukkan.












Pada masa kini, Kelab SPBT sedang cuba membuat pakej yang lebih jauh yang mengambil masa 3 jam 30 minit untuk tahun berikutnya. MUDAH-MUDAHAN.

Pemeriksaan Buku Teks

Pemeriksaan buku teks adalah satu cara untuk mendidik pelajar supaya menghargai buku teks. Antara kesalahan yang biasa dilakukan ialah tidak membalut buku teks, tidak melengkapkan butiran dan tidak membawa buku teks mengikut jadual waktu. Kebiasaannya, pemeriksaan ini akan dikendalikan oleh ahli kelab dengan membahagikan kepada beberapa kumpulan kecil. Setiap tahun, pemeriksaan buku teks akan diadakan antara bulan April hingga Mei. Bagi ahli kelab putera, mereka akan memakai vase yang berwarna marron. Kebenaran daripada pihak sekolah diperlukan untuk melicinkan proses pemeriksaan buku teks.








 

Thursday, July 7, 2011

Ukur baju

Hari ini 7.7 ahli kelab spbt sekali lagi kena ukur baju. Maklumlah takut tak muat kelak. Lagipun ni kali pertama kelab spbt nak buat baju. Excited sikit. Majoriti pelajar puteri. Putera? hanya empat orang saja yang berminat nak beli. Tak apalah asal projek kali ini jadi. Sikit lagi boleh posing dengan baru baru. Syabas...

Tuesday, June 28, 2011

Big Apple

Jualan 'Big Apple' adalah aktiviti yang dilakukan oleh Kelab SPBT. Aktiviti ini bertujuan untuk menambahkan dana kelab. Hasil daripada jualan tersebut membolehkan ahli Kelab mengadakan lawatan seperti ke Gua Tempurung. Kelab SPBT telah menjual big apple untuk empat berturut-turut bermula tahun 2008 hingga 2011. Walaupun terdapat penurunan dan kenaikan belian pada setiap tahun, tetapi sokongan daripada para pelajar dan guru amatlah menggalakkan dan ahli kelab SPBT masih mampu tersenyum melakukan tugasan walaupun penat bekerja. Cara bekerja pada tahun 2001 menunjukkan penambahbaikan kualiti kerja berbanding tahun-tahun sebelumnya. SYABAS.

Selain jualan, pihak SPBT juga telah menyediakan beberapa hadiah pada tahun 2010 iaitu Pembelian Kelas Terbanyak seperti yang pernah dimenangi oleh kelas 5 Othman, manakala pembelian Pelajar Terbanyak disandang oleh Muhammad Wafi juga dari 5 Othman. Manakala kategori guru yang membeli paling banyak dimenangi oleh Ustazah Norlaila. Pada tahun 2011 penyampaian hadiah belum lagi dapat dilaksanakan walaupun ada bercadang untuk dilakukan.












 

Monday, June 27, 2011

PELUPUSAN

Pelupusan buku teks SPBT perlu dilakukan apabila buku tersebut telah mengalami beberapa situasi seperti perubahan sukatan dan melebihi tempoh penggunaan atau rosak. Pelupusan dapat membantu bilik BOSS daripada penuh dengan buku teks. BOSS SMKAKL telah berjaya membuat pelupusan untuk kali pertama pada tahun 2006 sejak penyelaras baru SPBT ambil alih. Sejak itu, aktiviti pelupusan dilakukan setiap tahun sehinggalah 2011sama ada melibatkan buku agama ataupun bukan buku agama. BOSS SMKAKL mengucapkan terima kasih kepada para pelajar yang membantu sepanjang pelupusan dilakukan.
 
                               
                                
                                                             

PINJAMAN BUKU TEKS

Kebiasaannya pinjaman buku teks akan diadakan pada minggu pertama persekolahan setiap tahun. Tindakan ini menepati dengan peraturan yang terkandung dalam buku pengurusan SPBT. Bagi melicinkan pengurusan pemberian buku teks pada awal tahun, pihak sekolah telah membuat alternatif iaitu dengan memberi pinjaman buku teks lebih awal kepada pelajar tingkatan 2 dan tingkatan 3 iaitu pada minggu akhir persekolahan.
Selain itu, setiap pelajar juga perlu mengisi borang pengesahan penerimaan buku teks selain menandatangani Borang G. Pemulangan buku teks kebiasaannya diadakan pada penghujung tahun terutama selepas PMR dan peperiksaan akhir tahun. Untuk Tingkatan 5, pemulangan buku teks akan diadakan secara berperingkat, dengan tujuan memberi peluang kepada pelajar untuk mengulangkaji buku tersebut sehinggalah peperiksaan SPM berakhir. Guru SPBT juga dengan rela hati untuk bertugas mengikut tarikh pemulangan yang telah ditetapkan. TAHNIAH..



SEJARAH PERKEMBANGAN

Program Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) telah dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1974 selepas keputusan Jemaah Menteri pada tahun 1973 yang bersetuju untuk memberi bantuan buku teks kepada pelajar keluarga yang kurang mampu. Kini program tersebut telah menjangkau 36 tahun dan telah mengalami proses perubahan melalui dasar-dasar yang telah diputuskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Program SPBT merupakan satu program yang memberi pinjaman buku teks kepada murid-murid yang layak di semua sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan.
       
           Antara syarat awal yang membolehkan seseorang murid itu menerima pinjaman SPBT ialah melalui kadar pendapatan yang diterima oleh ibu bapa atau penjaga murid. Dasar kelayakan awal bagi Sekolah Menengah Kebangsaan Agama seperti SMKAKL yang telah ditetapkan ialah ibu bapa atau penjaga haruslah mempunyai pendapatan RM1000 dan ke bawah adalah layak untuk mendapat bantuan pinjaman SPBT. Namun begitu, dasar ini telah berubah sehinggalah pada tahun 2008, apabila semua pelajar memiliki skim pinjaman buku teks secara percuma.
        
         Di peringkat SMKAKL, bahagian SPBT berperanan membantu Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran untuk mengenalpasti dan menguruskan proses pinjaman buku kepada murid-murid yang berkelayakan. Selain itu, pihak SPBT SMKAKL, juga berusaha untuk menjaga keselamatan buku-buku SPBT dari segi fizikal dengan memastikan buku-buku tersebut direkod, tidak hilang, mencukupi, dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
         Pihak SPBT SMKAKL juga patuh kepada arahan yang dikeluarkan melalui pekeliling yang telah dikeluarkan oleh JPWP Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran Malaysia. Keseronokan bekerja pihak SPBT SMKAKL dengan penuh tanggungjawab adalah satu asas yang penting yang dapat memberi manafaat kepada semua pihak.

Wednesday, June 22, 2011

BILIK BOSS

 
Pintu masuk bilik BOSS
Bagi menjamin penjagaan dan keselamatan buku teks SPBT, pihak sekolah telah mengamalkan sikap bertanggungjawab dengan menyediakan dua buah bilik yang telah digunakan sebagai tempat untuk menguruskan segala hal yang berkaitan dengan SPBT. Kewujudan bilik operasi SPBT adalah penting ke arah pengurusan dan pentadbiran yang lebih efisien. Kewujudan Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) dapat memastikan penjagaan buku teks agar dapat digunakan dalam tempoh masa yang lebih panjang. Bilik BOSS di SMKAKL telah mengalami perubahan dengan tujuan meningkatkan kualiti pengurusan yang berkesan.
Pada peringkat awal, pihak sekolah telah menyediakan dua bilik yang berasingan untuk mengendalikan sebarang aktiviti yang berkaitan dengan pengurusan buku teks. Oleh kerana dasar pemberian buku teks SPBT secara percuma kepada semua warganegara, terdapat cadangan untuk memindahkan bilik BOSS ke bilik lain yang lebih besar. Namun begitu, bilik yang telah dikenalpasti mempunyai sarang anai-anai dan membahayakan kepada buku teks SPBT. Justeru, bilik yang sedia ada terpaksa digunakan untuk menampung pertambahan buku teks SPBT terutamanya setelah dasar seratus peratus pemberian buku teks SPBT secara percuma dilaksanakan sejak tahun 2008. Oleh itu, usaha telah dijalankan sejak tahun 2008 untuk menaik taraf bilik BOSS. 
 Keperluan asas yang telah disediakan dalam Bilik Operasi SPBT Sekolah (BOSS) telah meningkat dari semasa ke semasa. Keperluan asas yang terdapat sehingga 2011 adalah seperti berikut:
  • Keluasan : 400 kaki persegi (2 bilik) : 400 kaki persegi (2 bilik)
  • Lokasi : terletak di aras tiga / hujung bangunan blok A
  • Kemudahan ICT : Internet
  • Perabot : Rak buku (besi) 7 buah
  • Rak buku (kayu) 4 buah
  • Rak pameran (kayu) 1 buah
  • Meja besar 1 buah
  • Meja kecil 2 buah 2 buah
  • Meja komputer 1 buah 1 buah
  • Meja ala Jepun 1 buah
  • Komputer 1 buah
  • Pencetak 1 buah
  • Barcode Scanner 1 unit
  • Kipas berdiri 1 unit
  • Kerusi 4 buah
  • Kipas angin siling 3 buah
  • Papan kenyataan 1 buah
  • Lampu kalimantang 5 buah (2 bilik)
  • Almari besi 1 unit
  • Alat pemadam api 1 buah
  • Jam dinding 1 unit

Monday, June 13, 2011

VISI DAN HALA TUJU

VISI
SPBT SMKAKL akan menjadi spbt cemerlang di kuala Lumpur menjelang tahun 2015


MISI
Skim Pinjaman Buku Teks SMKAKL akan menunaikan tanggungjawab melalui dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh JPWP Kuala Lumpur dan Kementerian Pelajaran Malaysia melalui tindakan-tindakan seperti berikut:
  • Mengedarkan pinjaman SPBT kepada para pelajar pada minggu pertama persekolahan
  • Menguruskan SPBT dengan sistem pengurusan yang sistematik.
  • Membentuk dasar untuk mengawal keadaan fizikal buku agar sentiasa dalam keadaan baik  dan boleh digunakan.
  • Memberikan perkhidmatan yang memuaskan hati kepada semua pihak yang berhubung dengan SPBT.
  • Menyimpan maklumat dan bahan yang berkaitan dengan SPBT dengan lengkap, teratur,  sistematik, mudah dirujuk dan boleh diperolehi dengan segera oleh pihak-pihak yang memerlukan.


PIAGAM PELANGGAN
KAMI, PENTADBIR, GURU-GURU SPBT DAN KELAB SPBT BERAZAM DAN BERIKRAR DENGANPENUH ILTIZAM UNTUK:
  • Menguruskan perkhidmatan SPBT mengikut piawaian yang ditetapkan
  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti tanpa jemu
  • Mewujudkan bilik BOSS sebagai tempat sumber ilmu yang menarik
  • Meningkatkan kesedaran kepada para pelajar agar menghargai buku teks
  • Menerima segala bentuk teguran demi kebaikan SPBT
MOTTO
"Pengurusan Berkualiti SPBT Disegani"